Resepi
Woll Roll Bread Red Bean
Hai..Assalammualaikum semua..untuk pertamakalinya blog ini disiarkan, saya Mama Ayu akan berkongsi resepi yang sangat sedap, anak-anak pasti menyukainya dengan saya sekali suka hehe.. iaitu Woll Roll Bread Red Bean.
Selama ni kalau nak makan roti mesti beli. Dekat rumah wajib ada roti, tak kira la roti potong, krim atau berinti. Semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, saya perlahan-lahan mempelajari, memperbaiki dan mencari pelbagai menu-menu masakan dari pelbagai sumber. Ada yang dari resepi keluarga terutamanya, ada yang saya sendiri olah resepi tu menjadi kreativiti sendiri dan dari sumber internet. Zaman semakin maju, ia ada di hujung jari sahaja. Sama ada kita nak buat dan tidak aje. Bukan di Malaysia aje resepi kita boleh cuba malah dari seluruh dunia kita boleh cuba buat. Ada pelbagai jenis masakan. Tapi saya ni masih baru nak berkongsi resepi, so kita up pelan-pelan ok.
Bahan-bahan Woll Roll Bread Red Bean :
- 1 biji Kuning Telur
- 1/2 sudu kecil Garam Halus
- 50 gram Gula Pasir
- 150 gram Air Sejuk
- 1 sudu besar Susu Tepung
- 300 gram Tepung Roti
- 1 sudu kecil Yis
- 30 gram Marjerin
- Inti Kacang Merah secukupnya
- Sedikit Susu Segar@Susu Cair(sapu roti)
- Loyang bulat 9 inci
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer.
- Putar adunan tepung dengan speed paling perlahan selama lebih kurang 2-3 minit sampai menjadi doh.
- Apabila adunan sudah menjadi doh, tukar kepada speed 1@2 selama lebih kurang 30-45 minit sehingga doh menjadi berkilat dan elastik.
- Setelah doh siap bahagikan doh kepada 9 bahagian.
- Buat bulat-bulat doh dan rehatkan selama 10-15 minit.
- Pastikan doh ditutup dengan kain bersih dan lembab.
- Setelah itu doh akan kembang naik sedikit.
- Ambil 1 doh dan lenyekkan menggunakan pengelek dalam keadaan memanjang.
- Separuh dari doh yang dilenyek tadi tu di potong memanjang.
- Bahagian yang tidak dipotong letakkan inti kacang merah
- Gulungkan doh sampai hujung
- Susun doh ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin
- Siap buat doh rehatkan doh selama 45minit@1jam
- Dengan menggunakan kain bersih dan lembab
- Setelah kembang 2 kali ganda sapukan doh dengan susu
- Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu
- Bakar pada suhu 170° selama 20 minit
- Dah siap masak keluarkan dari oven terus sapu dengan marjerin
Kalau nak lebih detail macamana saya membuat roti ni tengok video kat bawah ni ok. Saya buat versi sendiri. Korang juga boleh singgah YOUTUBE CHANNEL "Mama AyuUde" Subscribe, Like, Komen dan Kongsi video ni dan pastikan on notification butang loceng korang.
Lagi banyak korang lakukan, lagi bertambah menu-menu masakan akan saya up hehe.

Comments
Post a Comment